Syarat-syarat Yang Wajib Diikuti Sebagai Agen Resell Rights Ebook Panduan Asas HTML

Sebagai Reseller ( Lesen Hak Jual Balik Ebook ) anda di haruskan mematuhi segala peraturan yang telah di tetapkan oleh pihak kami agar produk ini di jual sebaik mungkin.

Sebelum membeli dan membuat pendaftaran, berikut adalah ringkasan syarat-syarat sebagai reseller:

Harga Jualan Ebook Panduan Asas HTML

Harga yang dibenarkan adalah RM30 dan ke atas sahaja Jangan menjual di bawah harga ini untuk mengelakkan persaingan yang tidak sihat. Anda perlu yakin, selagi pembeli itu mahu, maka mereka sanggup membayar apa sahaja jumlah yang dikenakan.

Perkara-perkara yang TIDAK BOLEH anda lakukan sebgai seorang reseller..

[ DILARANG ] memberikan secara percuma ebook ini, dalam apa keadaan sekalipun.

[ DILARANG ] mengubah mana-mana item yang terdapat dalam pakej ebook untuk pembeli anda. Apa yang anda perolehi, itulah yang anda akan jual kepada pembeli anda. Namun penambahan item di benarkan.

[ DILARANG ] berkongsi jualan dengan sesiapa pun. Hanya anda seorang yang diberikan lesen Reseller ini. Tidak boleh di kongsikan dengan mana-mana individu.

[ DILARANG ] mengubah laman web sales letter. Dimana perubahan tersebut menyimpang jauh dari sales letter yang asal. Anda boleh melakukan perubahan kecil yang tidak menyimpang jauh dari yang asal.

[ DILARANG ] menjual secara berasingan item-item yang perlu di berikan kepada pelanggan anda.

[ DILARANG ] memasukkan dalam membership site.

[ DILARANG ] dilelong dimana-mana laman web.

[ DILARANG ] menukarkan cover ebook dan nama penulis.

[ DILARANG ] membina sistem affiliate untuk ebook ini

Perkara-perkara yang BOLEH anda lakukan sebagai seorang reseller..

[ ANDA BOLEH ] menjual ebook ini bersama produk anda yang lain. Namun HANYA satu produk sahaja yang di benarkan dan harganya mestilah RM50 dan ke atas.

[ ANDA BOLEH ] menambah item lain dalam produk jualan anda untuk meningkatkan jualan.

[ ANDA BOLEH ] mendesign semula laman web dan banner dengan syarat menggunakan cover ebook asal dan pada laman web mesti di letakkan nama penulis sebenar berserta nama anda.

 

| Utama | Pembelian |